DHPP HIDUPKAN SEMULA SEJARAH PIAGAM MADINAH


PAS menghidupkan semula sejarah pada zaman RasuluLlah SAW dengan penubuhan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) sebagaimana yang berlaku di Madinah.

Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata Piagam Madinah adalah penjanjian yang di antara masyarakat yang berbilang kaum. Beliau berkata demikian sewaktu merasmikan pelancaran DHPP di Kelang, Selangor, beberapa hari yang lalu.

Menurutnya, ia merupakan detik bersejarah bagi gerakan Islam sedunia apabila PAS menubuh DHPP.

”(Ia) gabungan kepintaran (yang) akan menurunkan BN. Produk yang baru lahir ini macam bayi, kena jaga dan (kena) belai dengan kasih saying, saya pohon ahli-ahli PAS tolong jaga ramai-ramai,”katanya.

Menurutnya dengan penubuhan DHPP juga membuktikan bahawa PAS sedang menyatupadukan semua kaum di negara ini.

"PAS cuba menyatupadukan seluruh kaum di negara ini dengan membuka pintu kepada orang bukan Islam menyertai PAS.

"Ini terbukti apabila Kelab Penyokong PAS dinaiktaraf sebagai Dewan Himpunan Penyokong PAS,"jelasnya

Katanya, PAS telah mengambil langkah proaktif sewaktu memerintah Terengganu apabila meminda undang-undang tubuh kerajaan supaya orang bukan Islam dilantik sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun).

"Ini membuktikan bahawa PAS tidak mengenepikan orang bukan Islam, tetapi Umno yang sedang memerintah Terengganu sekarang tidak berani melaksanakan pindaan tersebut,"tegasnya.

Sehubungan itu, Ketua Lajnah Perpaduan Nasional PAS Terengganu, Haji Hanafiah Mat mengucapkan syabas dan terima kasih kepada para perwakilan yang datang dari Terengganu.

”Saya ucap terima kasih kepada 19 orang perwakilan yang hadir ke Majlis Pelancaran Dewan Himpunan Penyokong PAS,

”saya juga berharap dengan pelancaran DHPP secara rasminya itu dalam membulatkan tekad perjuangan bulatkan cita-cita serta teruskan kejersama,”ujarnya ketika dihubungi Buletinonline.

Menurutnya, beliau akan mengambil tindakan untuk memperkasakan DHPP sebaik mungkin di negeri Terengganu.

”(Ia adalah) bukti PAS telah di terima oleh semua kaum dan ugama dan menjadi tamparan kepada Umno, MCA dan MIC yang masih merupakan parti perkauman,

”InsyaAllah, DHPP akan mempercepatkan lagi perjalanan menuju Putrajaya,”katanya

Turut hadir di Majlis Pelancaran DHPP ialah Timbalan Presiden, Nasharuddin Mat Isa, Naib Presiden Datuk Mahfuz Omar dan Salahudin Ayub, Bendahari, Dr. Hatta Ramli, Ketua Penerangan, Ustaz Idris Ahmad.

Manakala pimpinan lain termasuk Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr. Hassan Ali, Pengerusi Lajnah Perpaduan Kaum, Dr. Mujahid Yusof, Timabalannya, Dr.Halimah Ali yang juga pengarah program serta pengerusi dan timbalan pengerusi DHPP Hu Pang Chaw dan N.Balasubramaniam.
Read More

KEGIATAN JUDI SUDAH SEBATI DENGAN UMNO


- Umno pernah jual ‘Loteri Kebajikan Umno’ pada tahun 1951

Tepoh, KUALA NERUS – Tindakan Kerajaan Umno/ Barisan Nasional meluluskan judi bolasepak piala dunia baru-baru ini, merupakan satu tindakan yang sudah sebati dengan parti itu.

Umno menganggap judi menjadi satu kebajikan, sebab itulah wujudnya ‘Loteri Kebajikan Masyarakat’ satu masa dahulu.

(Gambar - keratan surat rasmi penyerahan wang loteri dari Setiausaha Agung Umno kepada Bendahari Umno Tahun 1953, Sheikh Ahmad Sheikh Hashim, bapa kepada Dato' Seri Mohd Radzi Sheikh Ahmad -)

Timbalan Ketua Dewan Ulama' PAS Terengganu, Ustaz Abu Bakar Abdullah berkata Umno pernah mengeluarkan ‘Loteri Umno’ pada tahun 1951.
|
”Umno mula jual loteri Umno, judi pada tahun 1951, untuk mendapat kewangan membiayai parti itu,” katanya ketika ditemui selepas berucap dalam satu ceramah penerangan yang diadakan di Kampung Padang Air, dekat sini, semalam.

Sebelum itu, dalam ucapannya beliau berkata, para ulama' telah keluar dari Umno kerana mereka mendapati Umno tidak mampu untuk mempertahankan aqidah umat Islam.

”Ia terjadi setelah peristiwa Natrah yang terkenal, kerajaan yang dipimpin Umno tidak mampu menyelamatkan aqidah Natrah yang telah memeluk Islam,”jelasnya.

Selain itu, menurutnya, para alim ulama' meninggalkan Umno kerana parti itu mengamalkan kegiatan judi.

Maka, kata beliau, tidak hairanlah kalau Perdana menteri Dato’ Seri Najib Razak meluluskan lessen judi bolasepak baru-baru ini.

”Saya telah membuat kajian di Arkib Negara, rupa-rupanya kegiatan judi merupakan kegiatan yang (sudah) sebati dengan Umno, (ia) biasa saja bagi Umno,

”saya melihat fail-fail sulit Umno, (saya) berjumpa di antara kegiatan ekonomi dia (Umno) adalah ‘loteri umno’,”tegasnya.

Beliau berkata, apabila Umno menjadi kerajaan persekutuan, Umno telah mengujudkan loteri kebajikan masyarakat yang asalnya adalah loteri kebajikan Umno.
Read More