Friday, March 18, 2011

UMNO BUKAN SAJA TAK MENGHARAMKAN JUDI...


.....bahkan menambah lesen-lesen perjudian baru

KUALA TERENGGANU - Pemerintahan kerajaan PAS Terengganu pada tahun 1999 hingga 2004 telah berjaya menutup premis-premis judi sekaligus mengharamkan kegiatan tidak berfaedah itu tanpa melanggar hak-hak asasi mana-mana pihak, khususnya bukan Islam

Pesuruhjaya PAS negeri Terengganu Dato' Ustaz Harun Taib berkata pentadbiran kerajaan PAS telah merundingkan penguatkuasaan syariat Islam itu dan melaksankannya setelah mendapat persetujuan

"Kita(PAS) telah berjaya menghapuskan premis-premis perjudian semasa zaman pemerintahan kita (pada) 2000-2004, tetapi kita tidak buat(laksanakan) secara kekerasan, tetapi kita buat secara berunding dengan pemilik-pemilik priemis- priemis yang berkenaan,

"supaya mereka menukar perniagaan mereka dengan perniagaan yang lain yang terutama sekali yang lebih bermanfaat kepada rakyat . kerana perjudian ini tidak memberi manfaat kepada rakyat,"jelasnya dalam satu sidang media khas di Pejabat Perhubungan PAS Negeri baru-baru ini.

Menurutnya yang juga Ketua Dewan Ulama' PAS, perjudian hanya memberikan keuntungan kepada segelintir peniaga sahaja, sebaliknya aktiviti 'mungkar' itu tidak langsung memberikan apa-apa keuntungan kepada rakyat.

Bahkan, katanya, pada umumnya, rakyat hanya memperolehi kerugian dengan akiviti perjudian

Justeru, katanya tidak ada pihak yang sebelumnya terlibat dengan perniagaan judi itu yang merungut dengan penguatkuasaan tersebut mereka hilang mata pencarian

Sebaliknya, menurut beliau, Umno Terengganu yang telah merampas pemerintahan dari PAS sejak 2004 bukan sahaja menghalalkan judi bahkan diperingkat pusat mereka telah meluluskan lesen-lesen judi yang baru.

"Bila Umno, Barisan Nasional ambil balik (pemerintahan) pada 2004, bukan masalah tidak ada permintaan supaya diharamkan (bahkan) umno sengaja mengujudkan semula (judi) kerana dia (Umno-BN) mengeluarkan lesen-lesen dan premis-premis (judi) baru dikeluarkan,"tegasnya

Beliau menolak dakwaan sesetengah pihak bahawa, tindakan penguatkuasaan judi di Kelantan oleh pihak Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) baru-baru ini menyebabkan PAS kalah di pilihanraya kecil Merlimau dan Kerdau.

"itu saya tidak bersetuju, memang orang (wartawan) suratkhabar (berbahasa) Cina ada hubungi saya, (dia tanya) apakah PAS membantah (mengharamkan) judi, loteri dan sebagainya,

"Kita dalam PAS, kita dah muafakat dengan (dalam) Pakatan Rakyat, parti-parti dalam Pakatan (setuju) perkara-perkara yang merugikan rakyat, kita tidak mengadakan (laksanakan),"ujarnya.

Tambahnya, tidak ada bukti yang menunjukkan perlaksanaan pengharaman judi di Kelantan menyebabkan orang Cina tidak sokong PAS kerana Tsunami politik tetap berlaku di Kelantan pada 2008, dalam keadaan Kelantan telah melaksanakannya

0 comment:

Post a Comment