UMNO PERKUDAKAN 'ORANG AGAMA'


Umno Memperkudakan 'Orang Agama'

Umno yang memperdagangkan Islam dan memperkudakan mereka yang arif dalam agama untuk menghalalkan apa tindakan Umno. Ucapan Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang menuduh PAS memperdagangkan agama kerana PAS telah melanggar fatwa dengan mencalonkan wanita menjadi calon di pilihanraya kecil Tenang.. Nampaknya fikiran Menteri yang jaga urusan agama sama seperti Tun Dr Mahathir yang membangkitkan isu yang sama.

PAS tidak hairanlah dengan Tun yang sudah berada di hujung senja, jika dibandingkan dengan Datuk Jamil Khir yang masih muda dan arif berkenaan agama. Mungkin beliau buat-buat lupa, kerana PAS pernah melantik Khatijah Sidik di Parlimen Dungun pada tahun 1959. Sila buka balik sejarah, baru boleh beri komen dan keluar hukum.

Kenyataan Presiden MCA Chua Soi Lek dan diikuti pula oleh Ketua Wanita Gerakan Datuk Seri Tan Lian Hoe yang memainkan isu Cikgu Normala Sudirman yang enggan bersalam dengan lelaki adalah lambang orang agama dalam Umno gagal menerapkan Islam dalam BN.

PAS boleh memberi maaf kepada dua tokoh daripada parti komponen BN yang tidak memahami situasi ini. Persoalannya apa yang tokoh-tokoh agama Umno buat sepanjang 53 tahun berkawan dengan MCA dan Gerakan untuk menerangkan masalah hukum asas.

Mungkin mulut orang agama dalam Umno sudah penuh dengan sagon. PAS merasa bangga isu bersalam ini dijawab oleh rakan-rakan DAP dan PKR yang bukan Islam.

Ustaz Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat
Read More

KERAJAAN TERENGGANU GAGAL MAKMURKAN MASJID


Kerajaan Terengganu Gagal Makmurkan Masjid

CHUKAI - Kerajaan negeri Terengganu dibawah pimpinan Umno dan Barisan Nasional (BN) disifatkan hanya mengambil upah untuk membina masjid-masjid yang banyak, namun gagal sama sekali untuk memakmurkan masjid-masjid tersebut.

Penolong Setiausaha PAS Terengganu, Haji Hanafiah Mat berkata, sebelum ini, telah didedahkan oleh pihak media, berlaku di banyak masjid, lebih banyak tiang dari jamaah, ketika menunaikan solat setiap waktu.

Selain itu, kata beliau, masjid kini, bukan tempat yang aman lagi, bahkan menjadi kawasan panas melakukan maksiat dan ramai yang tidak segan silu sehingga menjadikan kawasan masjid tempat persembuyian aktiviti penyalahgunaan dadah.

"Masjid tidak lagi menjadi tumpuan orang ramai untuk menunaikan ibadat, tetapi masjid 'seolah-olah'nya tepat berlindung perbuatan maksiat dan dadah,"ujarnya ketika dihubungi.

Menurutnya, kegagalan pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri Terengganu (JHEAT) sebagai badan yang bertanggungjawab memakmurkan seluruh masjid dan surau, adalah satu 'indikator' menunjukkan kegagalan Pengerusi Jawatankuasa Agama negeri sendiri.

Katanya, apa yang berlaku kepada sebuah masjid dalam daerah Kemaman sebagaimana didedahkan media baru-baru ini, amat memalukan rakyat Terengganu, seolah-olah tidak ada pihak yang bertanggungjawab ke atas perjalanan masjid.

"Sampai 3, 4 tahun, pihak masjid hantar permohonan kepada JHEAT, minta dilantik pegawai tambahan, sejak tahun 2008 sehingga sekarang tidak dilantik, mengapa?,"soal Haji Hanafiah yang juga Pengerusi Majlis Tindakan DUN (MTD), PAS Chukai.

Beliau berkata demikian ketika mengulas pendedahan sebuah media tempatan, bahawa ketiadaan 'bilal' bagi sebuah masjid dalam daerah Kemaman menyebabkan urusan umat Islam untuk menunaikan ibadah tidak berjalan lancar.

Lebih malang lagi, beliau berkata, sepatutnya pihak JHEAT mengambil 'teguran' tersebut sebagai suatu 'nasihat yang baik' dan pengajaran untuk meningkatkan perkhidmatan.

Namun sebaliknya, kata Hanafiah, Imam dan bilal masjid berkenaan pula dipanggil 'menghadap' ke pejabat Qadhi daerah dan mereka dipersalahkan kerana berita 'benar' yang tersiar.

"Ia jelas menunjukkan kegagalan Pesuruhjaya JHEAT dan Pengerusi Jawatankuasa Agama Negeri dalam melaksanakan amanahnya,"tambah Hanafiah.
Read More