TEKS KHUTBAH EIDUL FITRI 1432H


Khutbah khas dari mimbar Masjid Rusila ini disediakan bagi kemudahan para khatib pada Hari Raya Eid al-Fitr 1432H nanti. Moga bermanfaat. Intisari khutbah:

-Hari raya kurniaan Allah, berjaya dalam Ramadhan

-Diajar untuk taatkan Allah, bertaqwa


-Tanda taqwa ialah patuh. Di antaranya dalam perkara khalifah Allah di mukabumi memikul tanggungjawab yang tidak dipikul makhluk lain.


-Penentangan dari ’syaitan’ dalam pelbagai kata-kata, propaganda, pujukan dan menyesatkan bagi menjauhkan manusia dari menunaikan tanggungjawab sebagai khalifah Allah.


KLIK Khutbah Eid alFitr 1432H (pdf)
Read More

MAKAN MALAM TABUNG DANA PENDIDIKAN


DUPN Terengganu Anjur Program Isi Tabung Dana Pendidikan

Kuala Terengganu, 19 Ogos 2011 - Dewan Ulamak PAS Negeri Terengganu (DUPN Terengganu) meneruskan peranan sebagai agen utama menyemarakkan lagi kepentingan pendidikan Islam di kalangan seluruh rakyat Terengganu.

Kesungguhan ini terserlah melalui program-program dan aktiviti-aktiviti yang di jalankan sepanjang penubuhan Dewan Ulamak PAS Negeri Terengganu di negeri ini sehingga ke hari ini.

Baru-baru ini, DUPN Terengganu telah berjaya menganjurkan program makan malam untuk mengisi tabung Dana Pendidikan DUPN Terengganu. Ianya merupakan siri kedua yang diadakan dalam usaha mengumpul dana tabung tersebut. Sebelum ini, siri pertama telah diadakan pada 29 April 2011 di Hotel Tanjung Vista Kuala Terengganu.

Pada kali ini, program siri kedua ini telah diadakan di Rumbia Resort, Paka Dungun. Majlis tersebut diserikan lagi dengan kehadiran tetamu dari PAS Pusat iaitu Setiausaha Agungnya, Dato' Haji Mustaffa Ali.

Pihak DUPN Terengganu yang dihubungi juga turut mengambil kesempatan mengucapkan ribuan terima kasih kepada seluruh para penyumbang yang telah menghulurkan derma dan sumbangan dalam usaha membentuk dan membina sebuah masyarakat yang diredhai oleh Allah s.w.t dengan harapan mudah-mudahan mereka yang memberikan sumbangan samada secara langsung ataupun tidak langsung diberikan pahala dan rezeki di dunia dan diakhirat yang berlipat ganda.
Read More

APA PERLU AKTA JENAYAH AQIDAH?


Apa perlu Akta Jenayah Aqidah?

- Laksanakan Hudud dan Qisas

KUALA TERENGGANU – PAS mempersoalkan cadangan mewujudkan Akta Jenayah Akidah bagi tujuan mengelak murtad sama ada ia sesuai atau tidak dengan kehendak syariat Islam.

Timbalan Ketua Dewan Ulama Pas Terengganu, Ustaz Abu Bakar Abdullah berkata, walaupun menjadi tanggungjawab pemerintah untuk menjaga akidah umat, namun akta tersebut perlu diberi perincian untuk memastikan ia benar-benar selari mengikut syariat yang telah ditetapkan.

“Dalam undang-undang yang ada di Malaysia, tiada menyebut sebarang hukum berkait dengan murtad.

“Kita tidak tahu apa isi kandungan berdasarkan akta yang dicadangkan itu sama ada ia menepati syariat atau tidak,” katanya kepada Sinar Harian.

Bagaimanapun katanya, Pas tidak menolak hasrat tersebut yang sememangnya menjadi tanggungjawab kerajaan yang memerintah dalam usaha menjaga akidah umat Islam,” katanya.

Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Dr Mohd Puad Zarkashi menyarankan agar Akta Jenayah Akidah diwujudkan atau dibentangkan di Parlimen bagi memastikan tiada usaha memurtadkan orang Islam berlaku di negara ini.

Beliau berkata, akta itu diperlukan untuk membendung gejala murtad, malah usaha memesongkan akidah orang Islam itu seolah-olah bukan rahsia lagi.

Dalam masa sama, walaupun menganggap cadangan tersebut baik, Abu Bakar menegaskan ia bukan isu baru kerana Pas sendiri sudah lama memperjuangkan hukum hudud dan salah satunya untuk memerangi gejala murtad.

Bagaimanapun, be-liau mendakwa kerajaan belum berhasrat melaksanakan syariat Islam apabila ia tidak diberi perhatian dan sering memberi jawapan yang tidak meyakinkan

“Kalau mereka melihat kepentingan menjaga akidah umat Islam, sudah tentu perkara yang begitu lama diperjuangkan Pas dilaksanakan terutama berhubung hudud dan qisas.

“Apabila kita panjangkan isu ini, mereka (kerajaan Persekutuan) beri pelbagai jawapan seperti akan mengkaji secara mendalam, akan ambil cada-ngan untuk dipertimbangkan atau dilaksanakan dan ada juga jawapan bahawa ia tidak sesuai dengan negara kita,” katanya.

Beliau berkata, Pas yang masih kukuh dengan perjuangan untuk mengembangkan syiar Islam pernah menggubal undang-undang jenayah di peringkat negeri sesuai dengan syariat Islam ketika memerintah Terengganu pada penggal 1999-2004.
Read More

Siri Tazkirah Sempena Ramadhan 1432H


(kemaskini 16 Ramadhan 1432H) Lajnah Penerbitan dan Penyelidikan DUPNT dengan kerjasama Lajnah Penerangan DUPNT menerbitkan siri tazkirah sempena Ramadhan 1432H. Bagi mereka yang berminat atau terlibat dengan urusan ulama peringkat kawasan boleh memuat turun siri tazkirah ini dalam bentuk PDF yang disediakan: (klik read more untuk muat turun seterusnya)

siri tazkirah 2 (73) ,

siri tazkirah 3 (74) ,

siri tazkirah 4 (0)

Read More