Wednesday, May 26, 2010

DHPP HIDUPKAN SEMULA SEJARAH PIAGAM MADINAH


PAS menghidupkan semula sejarah pada zaman RasuluLlah SAW dengan penubuhan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) sebagaimana yang berlaku di Madinah.

Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata Piagam Madinah adalah penjanjian yang di antara masyarakat yang berbilang kaum. Beliau berkata demikian sewaktu merasmikan pelancaran DHPP di Kelang, Selangor, beberapa hari yang lalu.

Menurutnya, ia merupakan detik bersejarah bagi gerakan Islam sedunia apabila PAS menubuh DHPP.

”(Ia) gabungan kepintaran (yang) akan menurunkan BN. Produk yang baru lahir ini macam bayi, kena jaga dan (kena) belai dengan kasih saying, saya pohon ahli-ahli PAS tolong jaga ramai-ramai,”katanya.

Menurutnya dengan penubuhan DHPP juga membuktikan bahawa PAS sedang menyatupadukan semua kaum di negara ini.

"PAS cuba menyatupadukan seluruh kaum di negara ini dengan membuka pintu kepada orang bukan Islam menyertai PAS.

"Ini terbukti apabila Kelab Penyokong PAS dinaiktaraf sebagai Dewan Himpunan Penyokong PAS,"jelasnya

Katanya, PAS telah mengambil langkah proaktif sewaktu memerintah Terengganu apabila meminda undang-undang tubuh kerajaan supaya orang bukan Islam dilantik sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun).

"Ini membuktikan bahawa PAS tidak mengenepikan orang bukan Islam, tetapi Umno yang sedang memerintah Terengganu sekarang tidak berani melaksanakan pindaan tersebut,"tegasnya.

Sehubungan itu, Ketua Lajnah Perpaduan Nasional PAS Terengganu, Haji Hanafiah Mat mengucapkan syabas dan terima kasih kepada para perwakilan yang datang dari Terengganu.

”Saya ucap terima kasih kepada 19 orang perwakilan yang hadir ke Majlis Pelancaran Dewan Himpunan Penyokong PAS,

”saya juga berharap dengan pelancaran DHPP secara rasminya itu dalam membulatkan tekad perjuangan bulatkan cita-cita serta teruskan kejersama,”ujarnya ketika dihubungi Buletinonline.

Menurutnya, beliau akan mengambil tindakan untuk memperkasakan DHPP sebaik mungkin di negeri Terengganu.

”(Ia adalah) bukti PAS telah di terima oleh semua kaum dan ugama dan menjadi tamparan kepada Umno, MCA dan MIC yang masih merupakan parti perkauman,

”InsyaAllah, DHPP akan mempercepatkan lagi perjalanan menuju Putrajaya,”katanya

Turut hadir di Majlis Pelancaran DHPP ialah Timbalan Presiden, Nasharuddin Mat Isa, Naib Presiden Datuk Mahfuz Omar dan Salahudin Ayub, Bendahari, Dr. Hatta Ramli, Ketua Penerangan, Ustaz Idris Ahmad.

Manakala pimpinan lain termasuk Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr. Hassan Ali, Pengerusi Lajnah Perpaduan Kaum, Dr. Mujahid Yusof, Timabalannya, Dr.Halimah Ali yang juga pengarah program serta pengerusi dan timbalan pengerusi DHPP Hu Pang Chaw dan N.Balasubramaniam.

0 comment:

Post a Comment